Monday, September 22, 2008

SaLAm LeBAraN


Salam Aidilfitri buat pembaca-pembaca blog gua. Moga cahaya aidilfitri kali ini terpancar di setiap sanubari kita semua dengan disulami kebahagian dan kegembiraan bersama insan yg tersayang.

Raye kali ni gua & famili beraye sakan di kg halaman gua d Tumpat. So kena sediakan lebih sikit la pulus xpicialy for anak-anak buah yang berderet juga pada kanak2 yg bertandang nati. Menu kali ni...gua dah plan dgn sister hamba nak wat nasi ayam hujan panas, korban ayam 6 ekor sbgai tanda kesyukuran di atas nikmat rezeki kurnianNya. Biasanya sambutannya hangat...tengah hari gerenti dah licin.

Kali ni jg gua akan beraya berempat beranak...sebab dah tmbah sorang lg tahun ni.
NUR KYRA IMANINA & NUR ADZRA IMAN serta wife tercinta. Alhamdulillah..

Pada mereka yg mengenali gua.... pohon ampun dan maaf andainya ada salah & silap gua yg gua tak sedari. Juga halalkan apa yg termakan & terminum. 0 0.

RAYE WOI RAYEEEEE....

No comments:

7 things about me now..

7 things about me now..

XCDENT P.Condong


Tiga maut dalam nahas

MACHANG 22 Jun - Tiga orang termasuk seorang warga Singapura terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di kilometer 28.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai pagi ini.
Mereka ialah seorang guru, Mohd. Zuwairi Azahari, 30, yang meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nazira Zainol, 38, dan Mashgod Musa, 37, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang (HM).
Ketua Trafik Daerah Machang, Inspektor Roslan Markati berkata, kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu berlaku ketika kereta Proton Saga yang dipandu Mohd. Zuwairi sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk ke sekolah.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Kia Spectra yang dipandu Mashgod terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan Mohd. Zuwairi.
''Mohd. Zuwairi yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 1 dan 2, Gua Musang, meninggal dunia di tempat kejadian.
''Nazira yang berasal dari Singapura dan Mashgod dari Kuala Lumpur tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke HM tetapi disahkan meninggal ketika menerima rawatan kecemasan.
''Seorang lagi warga Singapura, Amelyn Tan Yuk Chan, 31, yang turut menaiki kereta yang dipandu Mashgod tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di HM sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.
Sementara itu, ibu Mohd. Zuwairi, Azizah Ismail, 52, dia mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya itu pada kira-kira 7.30 pagi, selepas dihubungi oleh suaminya, Sarjan Azahari Daud, 55, yang ketika itu dalam perjalanan menghadiri kes perbicaraan di Terengganu.
Katanya, anaknya yang berkahwin sejak empat tahun lalu meninggalkan seorang isteri Saidati Yusof, 30, yang juga seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah agama di Pasir Tumboh, Kota Bharu.
"Arwah belum mempunyai anak. Kali terakhir saya menemui arwah anak saya pada Jumaat lalu ketika dia dan isterinya datang ke rumah saya di Rantau Panjang.
''Ketika itu dia ada memberitahu akan membawa isterinya ke Kuala Lumpur pada 27 Jun ini untuk mengambil Diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)," ujarnya.

AL-FATIHAH

Dipetik Drp Utusan Malaysia 23.6.2008/Isnin.

DaeRAH KU

DaeRAH KU

ILMU BARU

Hari ini...13 Mei 2008, aku belajar wat blog. Tq guruku...En Amin.